Selamber Jer Photoshop

Selamber Jer Photoshop - rahsia kuasai teknik Photoshop dengan SeLamBeR dan pantas

Nuffnang

loginwang

Saturday, January 9, 2010

Guna Mesin

Kursus Membuat Pakaian Wanita


Modul - Kendalian peralatan jahitan


Elemen - Guna Mesin



Pendahuluan

Mesin jahit merupakan alat yang penting bagi seseorang tukang jahit. Pelbagai jenis mesin jahit berjenama dan buatan boleh didapati dikedai-kedai yang menjual mesin jahit. Pilihan mesin jahit yang paling sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan dengan mesin jahit itu. Pilih yang lebih baik dan popular buatannya supaya senang untuk mendapatkan alat gentian (spare parts) sekiranya diperlukan.


Langkah-langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Oleh Pelatih

1. Pemakaian kasut dan baju yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.

2. Tutup semua punca elektrik sebelum meninggalkan bengkel.

3. Pastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan pengcahayaan yang baik.

4. Lantai tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada air, minyak atau perca-perca kain supaya tidak menyebabkan pelatih tergelincir.

5. Kenal pasti kedudukan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api supaya pelatih tidak mudah panic apabila berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka.

6. Susun atur perabot/mesin di dalam bengkal pada kedudukan yang betul supaya tidak menghalang laluan terutama ketika berlakunya kecemasan/kemalangan.

7. Pastikan bengkel ditinggalkan di dalam keadaan yang bersih dan selamat. Simpan semua peralatan yang telah digunakan di tempat asal didalam keadaan baik dan bersih terutamanya gunting.

8. Tidak memakai barang kemas seperti rantai tangan, gelang, cincin dan sebagainya.

9. Sentiasa mematuhi arahan tenaga pengajar dan lebel-label keselamtan yang terdapat di dalam dan di luar bengkel.


Jenis-jenis Mesin Jahit


1. Jenis-jenis mesin jahit dan bahagian-bahagian kegunaan dan cara menjaganya

Ø Mesin Jahit tangan mudah alih kecil

Ø Mesin Jahit kaki trend lama

Ø Mesin Jahit Elektrik

Ø Mesin Jahit Automatik

Ø Mesin Jahit Industri (Blh digunakan 24 jam)



2. Peraturan am menggunakan mesin jahit

Ø Kedudukan mesin hendaklah ditempat terang dan tidak dilindungi bayang.

Ø Letakan timbunan Fabrik di sebelah kiri yag lapang dan bahagian tempat jahitan dihalakan kedalam mesin jahit.

Ø Tolak benang atas dan bawah diantara penekan jahitan dan tarik kebelakang supaya mencegah benang menjadi kusut didalam mesin. Berlatih menjahit lurus berpandukan penekan jahitan.

Ø Sebelum mengeluarkan fabrik, jadikan tuas pemegang benang berada ditempat tertinggi dan penekan jahit diangkat.

Ø Apabila mengeluarkan fabrik dari mesin, fabrik hendaklah ditarik kebelakang untuk mengelakkan dari jarum bengkok atau patah.

Ø Sekiranya menjahit di sesuatu bucu atau penjuru dan ketika membuat pasang jarum, hendaklah berada didalam fabric dan naikan tapak penekan dan teruskan menjahit.



3. Persediaan Sebelum Menjahit

Ø Pastikan keadaan Jarum berada dikedudukan yang betul dan stabil.

Ø Memutarkan gelendong pada arah lawan jam yang berada didalam sekoci ( berada dibawah mesin ).

Ø Pastikan kedudukan mesin/motor berada dikedudukan yang stabil.

4. Langkah-langkah Jahitan

Ø Gunakan benang yang tebal, jenis dan warna untuk bahagian gelendong dan jarum (bahagian atas dan bawah adalah sama)

Ø Putarkan sedikit benang di keliling gelendong dan selitkan di pemegang gelendong mengikut putaran jam.

Ø Isi roda atau gelendong dengan pemijak aras kelajuan (jangan isi benang terlalu penuh) sehingga terlalu ketat apabila memasukan kedalam sekoci.

Ø Masukan gelendong kedalam sekoci dan naikkan benang dengan memasukan jarum dari bahagian atas (bebenang untuk menaikkan benang dari dalam gelendong).



Penjagaan mesin jahit (mengguna mesin)

a) Mesin hendaklah selalu di besihkan terutama pada bahagian sekeliling sekoci kerana ia mengumpulkan debu-debu halus dari fabrik dan benang yang dijahit.

b) Isikan minyak mesin pada bahagian yang bergerak pada mesin (minyak mesin).



Bahagian Utama mesin jahit

Ø Badan

Ø Meja

Ø Motor

Ø Suiz

Ø Alat kain

Ø Pengalas jahitan

Ø Tiang benang



Kegunaan Bahagian Mesin Jahit

a) Pemandu Jahitan (trade guide) untuk memandu perjalanan benang.

b) Pemusing gelendong (bobbin windor pulley) untuk melilit benang ke gelendong

c) Pelaras mata jahitan (feed-regulatine-dian) untuk melaraskan mata jahitan.

d) Produk imbang (machine pulley) untuk mengawal pergerakan.

e) Pelaras jahitan belakang untuk melaraskan mata jahitan kebelakang dan mematikan jahitan.

f) Piring penyarung (single plat) memadankan pemasangan sekoci.

g) Gigi penolak (feel deg) untuk menolak kain semasa jahitan.

h) Penekan jahitan (process foot) untuk memegang kain ditempatnya apabila ia dijahit.

i) Pemegang jarum (needle clanf) untuk memegang jarum.

j) Penekan benang (tanned glide) untuk meminda perjalanan benang.

k) Pelaras pemegang benang untuk melaras ketegangan benang.

l) Tuas pelaras benang (tread taken up lever) ialah mengawal benang.

m) Pengiring benang (tread retainer up lever) untuk memandu perjalanan benang.

n) Pelaras penekan jahitan (pressure bra guide) untuk unutk melas penekan jahitan mengikut ketebalan kain.

o) Tuas angkat (pressure bar lifter) ntuk menaikan dan menurunkan benang.

p) Jarum (needle) untuk menjahit mengikut jenis kain.

q) Gelendong (bobbin) untuk mengisi benang.

r) Sekoci (bobbin change) untuk memegang gelendong.



Minyak Mesin

a) Sebelum menggunakan mesin jahit, tuang minyak ke tangki hingga ke paras A dan jika didapati minyak diparas B ianya perlu ditambah dan juga perlu dititiskan minyak kelubang-lubang minyak yang terdapat di mesin jahit.

b) Tanggalkan penutup gigi penolak dan bersihkan dengan menggunakan berus pencuci atau berus warna.



Kesalahan dan kesilapan pada mesin jahit dan cara membaikinya.

Kesilapan

Sebab-sebab

Cara membaikinya

Mata Jahitan Melangkah

ü Jarum bengkok

ü Jarum tidak sesuai dengan benang

ü Jarum tidak pusing dengan betul

ü Tukar jarum baru

ü Tukar jarum mengikut saiz benang

ü Pusing jarum mengikut arahnya

ü Tukar jarum yang lebih panjang

Mata jahitan tidak sama

ü Benang atas longgar

ü Spring pengawal mengendur dan benang tidak berfungsi

ü Benang bawah longgar

ü Ketatkan dan tegangkan benang ke atas

ü Ketatkan spring

ü Ketatkan skru pada gelendong

Benang putus

ü Benang kurang baik mutunya

ü Jarum bengkok

ü Jarum tidak dipasang dengan betul

ü Jarum pendek

ü Jarum terlalu halus

ü Benang terlalu ketat

ü Terdapat kotoran diatas/dicelah piring pemegang benang

ü Gelendong terlalu penuh atau benang yang digulung tidak sama rata

ü Sekoci di saluti kotoran

ü Skru pengawal disekeliling rosak

ü Salah masuk gelendong kedalam sekoci

ü Tukar benang yang lebih baik mutunya

ü Tukar jarum baru

ü Pasang jarum ikut arahnya

ü Tukar jarum yang lebih panjang

ü Tukar saiz jarum atau saiz benang

ü Longgarkan skru pengawal kedur benang atas

ü Tanggalkan piring dan bersihkan dengan berus

ü Gulun benang di gelendung anggaran 4/5

ü Keluarkan sekoci dan bersihkan dengan berus

ü Tukar sekoci yang baru

ü Masukan gelendong mengikut arah pusingan jam

Klim berkedut

ü Jarum dan benang terlalu besar untuk fabrik

ü Ketengangan benang atas dan bawah terlalu keatas

ü Tekanan tapak penekan jahitan terlalu berat

ü Tukar benang dan jarum yang lebih sesuai

ü Sesuaikan ketegangan denagn memasang skru pengawal

ü Pusingkan skru pengawal kearah kiri

Disediakan oleh NZR - 2009 liya_15483@yahoo.com – Nota dan tips dari Exstudent Giatmara Gopeng

2 comments:

  1. Bagaimana jika benang berserabut di bahagian bawah mesin? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bhagian bawah, benang bahagian atas maybe cekang

      Delete