fesyen design
Hai, Saya liya. Saya suka berkongsi Ilmu dan maklumat. Terutama bagi mereka yang minat menjahit.Fesyen merupakan pekara yang amat penting terutama bagi mereka yang suka berfesyen. Ia juga melambangkan personaliti seseorang. Di blog ini saya akan berkongsikan ilmu menjahit bersama anda. Dapatkan nota dalam bentuk Doc. dan pdf di link yang saya sediakan dalam blog saya ini PERCUMA.
Monday, February 28, 2011
Tuesday, March 9, 2010
Dasar Asas Tangan Kedut
Dasar Baju Kurung Kedah
Wednesday, February 10, 2010
Pola Tangan (Asas)
Pola Asas Tangan (Dasar Asas Tangan)
0 – 1 = Labuh Tangan
0 – 2 = Turunkan 4
2 – 3 = ukuran ketiak / 2 – 1 ½
0 – 3 = Turunkan garisan
0 – X = 1
3 – A = 2
A – B = Turunkan 1/4
1 – 4 = ½ ukuran keliling tangan
3 – 4 = Bentukkan garisan sehingga bertemu dengan menggunakan pembaris lengkung
Dasar Asas Pakaian Wanita
Keterangan Dasar Asas (Bahagian Hadapan)
0 – 1 = Labuh Baju
0 – 2 = ½ ukuran bahu
0 – 3 = 2 – 4 = ukuran ketiak / 2 – 1 ½ + 1 ¼
0 – A – B – C = 2 ½ ( 1/6 ukuran leher )
2 – X = 1 ¼ ( 3 cm)
3 – Y = (ukuran dada / 4) + ½
0 – 5 = Ukuran dari Garisan bahu ke pinggang
5 – 6 = dari garisan pinggang turun 7 ½ @ 8 ( 20 @ 21 cm )
6 – 5 = (Ukuran ponggong / 4) + ½ (1.5 cm) @ ¾ (2 cm) kemudian temukan tanda Y hingga S dan seterusnya ke garisan labuh baju.
K – M = Masukkan ½ @ ¾ (1.5cm @ 2cm) dan bentukan ke garisan bahu dari Y ke M seterusnya ke S dan langsung ke garisan labuh baju.
X – D = Pertengahan diantara X – 4 dan masukkan ½ ke dalam kemudian ketemukan X – 6 dan Y dengan menggunakan pembaris lengkung @ pembaris L
Keterangan Dasar Asas (Bahagian Belakang)
0 – 1 = Labuh Baju
0 – 2 = ½ ukuran bahu
0 – 3 = 2 – 4 = ukuran ketiak / 2 – 1 ½ + 1 ¼
0 – C = A – B = 3 ¼ @ 2 cm
2 – X = 1 ¼ ( 3 cm)
3 – Y = (ukuran dada / 4) + ½
0 – 5 = Ukuran dari Garisan bahu ke pinggang
5 – 6 = dari garisan pinggang turun 7 ½ @ 8 ( 20 @ 21 cm )
6 – 5 = (Ukuran ponggong / 4) + ½ (1.5 cm) @ ¾ (2 cm) kemudian temukan tanda Y hingga S dan seterusnya ke garisan labuh baju.
K – M = Masukkan ½ @ ¾ (1.5cm @ 2cm) dan bentukan ke garisan bahu dari Y ke M seterusnya ke S dan langsung ke garisan labuh baju.
Wednesday, February 3, 2010
Dasar Asas Baju Kurung
Khas untuk para pembaca. Disini saya akan berkongsi cara membuat baju kurung. Untuk membuat baju kurung anda memerlukan 2 meter kain.
Contoh
Ukuran Badan dalam Inci
Ketiak = 7
Hujung Tangan = 6
Pesak Bawah = 4 ½
Lakar pola diatas pada kertas minyak atau untuk lebih penjimatan lakarkan pada surat khabar lama. Kemudian pisahkan setiap bahagian. Letakkan bahagian pola tadi pada fabrik (kain) dan lebihkan ½ inci untuk basi jahitan. Untuk bahagian bawah baju, bawah pesak dan hujung tangan anda perlu lebihkan 1 ½ inci untuk klim. Untuk tebuk leher anda mesti kurangkan ¼ daripada bulatan untuk tujuan sambung dengan pelapik. Nantikan Ebook saya Mari Belajar Menjahit Bersama Liya.
Saturday, January 9, 2010
Cara merekod ukuran badan (b.kurung)
* sila klik pd gambarajah untuk gambaran lebih jelas
Disediakan oleh NZR - 2009 liya_15483@yahoo.com – Nota dan tips dari Exstudent Giatmara Gopeng